Thursday, January 20, 2011

Chermin mata.....

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum....

"Bingkainya masih utuh, cuma mungkin kantanya sahaja yang perlu ditukar..."
seringkali dalam hidup kita, akan ada perselisihan dan perbalahan yang terkadang tidak penting namun perlu dalam usha kita untuk memperbaiki kekhilafan serta kekurangan diri. Begitulah hubungan antara dua insan atas nama sahabat, kawan, rakan, kekasih, dan mungkin sesama ahli keluarga.

seperti juga sepasang cermin mata...
walaupun kantanya sudah kepudaran rupa dimakan usia, mungkin juga bercalar balar kerana acap kali terjatuh, mahupun dijatuhkan secara sengaja... mungkin juga sudah sumbing dek hentakan-hentakan ke bumi, namun bingkainya masih utuh, masih setia dia memegang kanta itu... jangan kerana kanta yang sudah kurang elok rupanya, bingkai yang masih elok itu kita buangkan... hargailah, hormatilah dan sayangilah ia, kerana cuma mungkin kantanya sahaja yang perlu ditukar....

hidup ini terlalu singkat untuk kita berdendam, hargailah sebuah perhubungan, namakanlah ia dengan apa sahaja nama, sahabat, kawan, rakan, taulan, kekasih, abang adik, kakak, ayah, ibu.. apa sahaja...

tetapi ingatlah, bukan atas nama yang kita pegangkan, biar apapun sekali rasa yang kita rasai sekarang... kasih, sayang, cinta, rindu, dendam, perbalahan, sakit hati, iri hati, benci, dan sebagainya lambat laun ia akan pudar dan sama sekali akan hilang dari hati..

dan ketika saat itu tiba, bukan perhubungan itu yang harus dibuang... bukan perhubungan itu yang perlu dirombak.. kita yang harus merubah... persepsi atau pandangan kita yang harus diubah, agar perhubungan yang setia akan kekal seperti mana adanya, dan hubungan antara dua insan atas apa jua nama yang kita berikan akan terus teguh, sehingga ke akhirnya....

kenanglah daku seperti adanya aku....

"Bingkainya masih utuh, cuma mungkin kantanya sahaja yang perlu ditukar..."
~modulustwelve~